Bercerita Sains Tahun 3 (Bahasa Inggeris)
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1(Bahasa Inggeris)
KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN
Syarat pertandingan adalah seperti berikut :-
a) Pertandingan ini dibuka kepada murid Tahap 1 (Tahun 3) dari sekolah-sekolah rendah bantuan kerajaan.
b) Sekolah rendah swasta dibenarkan menyertai pertandingan ini di peringkat daerah dan negeri (sahaja) atas dasar jemputan dan segala kos ditanggung oleh sekolah tersebut.
c) Setiap negeri dibenarkan menghantar seorang peserta sahaja dengan seorang guru pengiring.
d) Pertandingan ini adalah secara individu dan hanya seorang peserta sahaja yang dibenarkan berada di pentas untuk mempersembahkan ceritanya.
e) Tema cerita hendaklah berkaitan dengan sukatan pelajaran Sains Sekolah Rendah.
f) Cerita hendaklah dipersembahkan dalam Bahasa Inggeris.
g) Skrip cerita hendaklah diserahkan kepada urus setia pada hari pertama karnival.
h) Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta membuat persembahan ialah 5 minit. Loceng akan dibunyikan seperti berikut :-
i Permulaan - 1 kali
ii Minit keempat - 1 kali
iii Minit kelima - 2 kali
Markah tidak akan diberikan selepas loceng terakhir dibunyikan.
i) Peralatan yang disediakan oleh pihak penganjur / pengelola ialah sistem pembesar suara dengan mikrofon (standing mic), clip mic dan cordless mic.
j) Penggunaan komputer dan LCD, OHP atau bahan sokongan lain untuk membantu persembahan adalah tidak dibenarkan.
k) Peserta dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dengan watak atau cerita yang dibawa atau dipersembahkan. Props tambahan tidak dibenarkan.
l) Markah untuk pertandingan ini adalah daripada aspek-aspek berikut :-
i Mesej dan isi fakta sains 40%
ii Persembahan 20%
iii Bahasa 20%
iv Kreativiti 15%
v Pakaian - costume 5%
m) Jumlah hakim untuk peringkat negeri adalah 3 orang dan peringkat kebangsaan 5 orang (Sekurang-kurangnya 3 hakim berasas latar belakang Sains)
n) Keputusan hakim adalah muktamad.