SOLAR CAR COMPETITION
1. TAJUK : PERTANDINGAN SOLAR CAR
2. TEMA : PENGGUNAAN TENAGA SOLAR SEBAGAI SUMBER ALTERNATIF BARU
TENAGA.
3. AKTIVITI : Pertandingan rekacipta model kereta yang dilengkapi dengan ciri-ciri
kecekapan tenaga dengan menggunakan sumber tenaga solar secara
optimum.

4.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:
4.1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah bantuan kerajaan dari Tingkatan 1 hingga 5 .
Sekolah menengah swasta dibenarkan menyertai pertandingan ini diperingkat daerah dan negeri (sahaja) atas dasar jemputan dan segala kos pertandingan ditanggung oleh sekolah tersebut.
4.2 Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang peserta dengan seorang guru pembimbing.
4.3 Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera kecuali pasukan dari sekolah menengah jenis kebangsaan.
4.4 Setiap negeri hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja. Peserta pasukan hendaklah terdiri daripada pelajar dari sekolah yang sama.
4.5 Semua penyertaan hendaklah mendapat kebenaran dan pengesahan Pengetua sekolah masing-masing.
4.6 Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang pendaftaran C3/D-SCC. Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada tarikh yang telah ditetapkan.
4.7 Rekabentuk hendaklah berasaskan konsep sains dan mempunyai ciri-ciri aerodinamik. Saiz dan berat model Solar Car Competition adalah bebas.
4.8 Konsep kelajuan dan kedudukan sel solar akan diambil kira semasa penghakiman. Sebarang penambahan dan penggunaan tenaga selain daripada cahaya matahari bagi menggerakkan model Solar Car Competition, adalah tidak dibenarkan.
4.9 Kuasa maksima setiap rekabentuk model Solar Car Competition tidak boleh melebihi 1 watt.
4.10 Sel solar, motor, tayar dan gear yang seragam bagi penggunaan di peringkat kebangsaan akan disediakan oleh pihak penganjur.
4.11 Sel solar, soldering iron, screw driver, motor dan tayar untuk kegunaan peringkat kebangsaan juga akan disediakan oleh pihak penganjur.
4.12 Hanya 1 sahaja alat tambahan elektronik dibenarkan dipasang pada model Solar Car Competition dan akan disediakan oleh pihak penganjur.
4.13 Rekabentuk asas kereta terbahagi kepada 3 komponen iaitu:
a) binaan badan
b) chasis
c) tayar (mengandungi sekurang-kurangnya 4 unit)
4.14 Hiasan bagi tujuan menambah kecantikan model Solar Car Competition turut diambil kira.
4.15 Pertandingan ini terbahagi kepada 4 peringkat iaitu:
a) Peringkat 1 - Pembinaan dan pembangunan model kereta – 4 jam
b) Peringkat 2 - Persediaan persembahan Multimedia Power Point – 2 jam
c) Peringkat 3 - Persembahan multimedia – 10 minit
d) Peringkat 4 - Pertandingan Kelajuan
5.0 KAEDAH PENGHAKIMAN
5.1 Pembinaan dan pembangunan kereta haruslah memenuhi kriteria berikut:
5.1.1 Kemahiran Manipulatif
5.1.2 Kemahiran Proses Sains
5.2 Persembahan dan Pembentangan:
Setiap pembentangan persembahan multimedia mestilah menggunakan format Power Point 2007 dan disediakan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. Format Kriteria pemarkahan adalah meliputi aspek-aspek berikut:
5.2.1 Abstrak
5.2.2 Objektif
5.2.3 Inovasi
5.2.4 Teori Saintifik
5.2.5 Rekabentuk
5.2.6 Trial Result – semasa pembinaan atau pertandingan
5.2.7 Masa 7 minit diperuntukkan untuk pembentangan, dan 3 minit diperuntukkan untuk sesi soal jawab
5.3 Bahagian 2 – Pertandingan Kelajuan
5.3.1 Trek bagi tujuan pertandingan kelajuan akan disediakan oleh pihak penganjur.
5.3.2 Semua model Solar Car Competition akan disusun mengikut trek masing-masing sebelum memulakan perlumbaan.
5.3.3 Trek perlumbaan adalah berukuran 5m panjang X 45cm lebar. Sebanyak 4 lorong perlumbaan sahaja disediakan
5.3.4 Pertandingan kelajuan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:
a) saringan
b) separuh akhir
c) akhir
5.3.5 Sebanyak 4 model Solar Car Competition akan diundi dan dikelompokkan dalam satu kumpulan.
5.3.6 Setiap kumpulan akan berpeluang berlumba sebanyak 4 pusingan di lorong yang berlainan.
5.3.7 Masa akan dicatatkan bagi setiap perlumbaan.
5.3.8 Jika terdapat mana-mana model Solar Car Competition yang berlanggaran, catatan masa model berkenaan akan dibatalkan dan perlumbaan bagi pusingan berkenaan akan diulang semula tanpa melibatkan kereta yang telah melanggar itu.
5.3.9 Perlumbaan akan dijalankan hanya setelah pihak hakim mendapati cahaya mencukupi untuk pertandingan.
6.0 KAEDAH PERTANDINGAN
6.1 Semua peserta yang berdaftar akan diberikan kod kereta K1, K2,...K16.
6.2 Pertandingan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:
6.2.1 Saringan:
a) Semua model Solar Car Competition akan dihakimi berdasarkan 3 justifikasi iaitu rekabentuk , persembahan multimedia dan kelajuan.
b) Penghakiman rekabentuk dan persembahan multimedia akan dijalankan terlebih dahulu diikuti dengan penghakiman kelajuan.
c) Markah rekabentuk, persembahan multimedia dan kelajuan akan dijumlahkan bagi memilih 8 model Solar Car Competition yang terbaik untuk ke pusingan separuh akhir.
6.2.2 Separuh Akhir:
a) Hanya pertandingan kelajuan sahaja yang akan dihakimi.
b) 4 model Solar Car Competition paling laju akan terpilih ke pusingan akhir.
6.2.3 Akhir:

b) Masa yang paling laju akan dicatat dan disusun semula bagi menentukan pemenang iaitu johan, naib johan dan tempat ketiga.
6.3 Kuasa semua model Solar Car Competition yang berjaya akan diuji semula sebelum ke peringkat seterusnya bagi mengelakkan peserta membuat sebarang pengubahsuaian.
7.0 MAKLUMBALAS DAN PENAMBAHBAIKAN
7.1 Keputusan hakim adalah muktamad.
7.2 Setiap pasukan (Guru pembimbing) dikehendaki mengisi borang maklumbalas untuk tujuan penambaikan penganjuran pada masa akan datang.
7.3 Sebarang benetuk bantahan terus kepada panel hakim pertandingan tidak akan dilayan.
8.0 HAL-HAL LAIN
8.1 Guru pembimbing tidak dibenarkan sama sekali membantu pelajar sepanjang pertandingan dijalankan.
8.2 Setiap pasukan diminta membawa komputer riba dan kamera digital bagi tujuan penyediaan persembahan Multimedia Power Point.
8.3 Para peserta dibenarkan memakai kemeja-T, topi, seluar dan kasut sukan semasa pertandingan dijalankan.
8.4 Jika pertandingan bahagian kelajuan tidak dapat dijalankan akibat cuaca redup atau hujan, keputusan akan ditentukan oleh panel hakim.