Magic Science
1. PESERTA SASARAN
(a) Pelajar sekolah menengah (menengah rendah) iaitu pelajar Tingkatan 3 selepas PMR. Namun begitu, tiada halangan penyertaan untuk pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 jika berminat.
(b) Pelajar sekolah rendah (tahap 2) iaitu pelajar Darjah 6 selepas UPSR.
2. SYARAT PERTANDINGAN
(0) Pertandingan ini terbuka kepada pelajar sekolah menengah Tingkatan 3 (selepas PMR) dan pelajar Darjah 6 (selepas UPSR). Namun begitu, tiada halangan penyertaan untuk pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 jika berminat.
(1) Penyertaan terdiri daripada 2 orang pelajar dan seorang guru pembimbing. Setiap sekolah rendah dan menengah dikehendaki menghantar 1 penyertaan sahaja untuk setiap tingkatan.
(2) Tarikh akhir setiap sekolah menghantar borang penyertaan sebagai pengesahan adalah sebelum atau pada 30/09/2013. Kelewatan sekolah berbuat demikian tidak akan dilayan.
(3) Setiap kumpulan yang menyertai pertandingan perlu menghantar skrip persembahan (Rujuk Lampiran) sebelum atau pada 15.10.2013 untuk dinilai oleh panel hakim. Ini untuk memastikan eksperimen yang dipilih oleh peserta adalah selamat dan tidak berisiko tinggi.
(4) Persembahan dan skrip mestilah berkaitan dengan sains.
(5) Persembahan dan skrip persembahan hendaklah disediakan sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Peserta tidak dibenarkan menggabungkan kedua-dua bahasa dalam satu persembahan.
(6) Bagi kategori sekolah menengah, peserta dikehendaki mempersembahkan 3 eksperimen dalam masa 15 minit. Manakala untuk kategori sekolah rendah pula dikehendaki mempersembahkan 2 eksperimen dalam masa 10 minit.
(7) 5 tema Sains akan diberi dan setiap peserta mesti memilih salah satu dari tema tersebut. Berdasarkan tema itu, pilih 3 eksperimen yang dirasakan sesuai dipersembahkan dalam masa 15 minit.
(8) Masa 15 minit yang diberi tidak termasuk persediaan peserta untuk menyusun atur bahan/radas eksperimen. Masa hanya akan dimulakan apabila peserta memulakan dialog persembahan.
(9) Juri/hakim akan memilih kumpulan yang paling kreatif dengan persembahan yang menyeronokkan dan mampu menarik perhatian penonton sehingga tamat masa persembahan.
(10) Semasa peringkat saringan :-
(i) Bagi kategori sekolah menengah, setiap kumpulan hanya mempersembahkan 2 eksperimen sahaja.
(ii) Bagi kategori sekolah rendah, setiap kumpulan hanya mempersembahkan 1 eksperimen sahaja.
(11) Semasa peringkat akhir, loceng akan dibunyikan sekali sebagai peringatan 3 minit sebelum masa tamat. Apabila masa telah tamat, loceng akan dibunyikan sebanyak 2 kali. Markah penalti akan dikenakan jika peserta melebihi masa yang ditetapkan sebanyak 1 minit. Jika kurang daripada itu, markah penalti tidak akan dikenakan.
(12) Semasa peringkat akhir, peserta dikehendaki mengulang semula eksperimen yang telah dipersembahkan semasa peringkat saringan dan diteruskan dengan eksperimen yang berikutnya sehingga selesai persembahan.
(13) Peserta tidak dibenarkan untuk menyentuh isu sensitif seperti agama, kaum dan politik dalam persembahan mereka.
(14) Peserta dinasihatkan mengelakkan penggunaan bahan yang berbahaya, mudah terbakar dan mudah meletup serta beracun. Namun begitu, jika menggunakan bahan-bahan ini, langkah berjaga-jaga dan langkah keselamatan hendaklah diambil. Contoh : pemakaian sarung tangan, cermin mata keselamatan makmal, jaket keselamatan makmal dan topeng keselamantan. Markah akan ditolak jika berlaku sebarang kemalangan akibat kecuaian peserta tidak mengambil langkah berjaga-jaga dan langkah keselamatan yang sepatutnya.
(15) Sekolah hendaklah memastikan langkah keselamatan dan syarat peraturan dipatuhi oleh peserta yang terlibat.
(16) Pemilihan props/costume/kesan khas hendaklah tidak mengganggu kelancaran persembahan peserta.
(17) Skrip pertandingan hendaklah ditaip dalam format berikut :-
Font : Arial
Size : 12
Spacing : Double Spacing
6.16 Keputusan hakim adalah muktamad.