F1
KATEGORI PROFESIONAL
Syarat Pertandingan F1 Profesional boleh terus di upload pada Download Bahan.
Juga boleh layari website : http://www.f1inschools.com.my/

KATEGORI AMATUR
A. PASUKAN
1. Terbuka untuk semua sekolah dibawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Setiap ahli pasukan mesti dianggotai oleh 4 orang pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan hingga Tingkatan 3.
3. Setiap pasukan wajib ada seorang Guru Pembimbing Pasukan (Team Advisor) dan 4 orang ahli pasukan yang berperanan sebagai:
i) Ketua Pasukan (Team Leader)
Bertanggungjawab untuk menguruskan pasukan, memastikan kereta bersedia untuk pertandingan dan memastikan semua perancangan dilaksanakan.Jawatan ini dipilih dalam kalangan jurutera rekabentuk , jurutera pembuatan , pengurus sumber dan pereka grafik.
ii) Jurutera Rekabentuk (Design Engineer)
Bertanggungjawab merekabentuk kereta berasaskan prestasi aerodinamik yang sesuai. Jurutera Rekabentuk perlu berhubung dengan Jurutera Pembuatan untuk memastikan idea-idea dapat direalisasikan.
iii) Jurutera Pembuatan (Manufacturing Engineer)
Bertanggungjawab memberi nasihat kepada ahli pasukan berkenaan pembuatan kereta dan kekangan proses mesin CNC. Perlu berhubung rapat dengan Jurutera Rekabentuk untuk membantu menyelesaikan masalah dalam merekabentuk kereta berasaskan kekangan mesin CNC.
iv) Pengurus Sumber (Resource Manager)
Bertanggungjawab untuk menguruskan masa, bahan dan peralatan untuk merekabentuk dan pembuatan kereta. Bertanggunjawab untuk menyumbangkan idea bagi perancangan dan pelaksanan aktiviti pasukan.
v) Pereka Grafik ( Graphic Designer)
Bertanggungjawab mengurus dan mereka grafik bagi persembahan multimedia untuk sesi pembentangan
B.SPESIFIKASI PERTANDINGAN
1. Setiap pasukan dikehendaki membina dan menyiapkan 2 unit kereta yang serupa untuk dipertandingkan serta sebuah portfolio 10 muka surat bersaiz A4 untuk diserahkan kepada hakim pertandingan.
2. Setiap kereta yang dihasilkan mestilah dibuat menggunakan mesin CNC Denford dan MENGGUNAKAN SEPENUHNYA BAHAN/ALATAN (CONSUMABLES) yang terdapat dalam MC (Manufacturing Center). Ini merangkumi :
i) Badan kereta – sepenuhnya daripada kayu Balsa
ii) Roda ( cadangan bagi satu kereta ) – 4 unit tayar Pitsco
iii) Sistem Roda - 2 unit ‘axle’ besi dan 2 unit straw.
iv) Screw eyes ( 2 unit bagi satu kereta ).
v) Washer (4 unit bagi satu kereta)
Kegagalan pasukan menggunakan bahan selain daripada di atas akan mengakibatkan pasukan berkenaan tidak layak untuk bertanding.
3. Setiap kereta yang dihasilkan mestilah mematuhi spesifikasi (Rules and Regulation – Technical Specification) (Item T3.3 hingga T10.12.2) yang ditetapkan. Kereta mesti dibuat berdasarkan spesifikasi yang telah ditetapkan untuk mengelakkan pemotongan markah.
4. Format isi kandungan portfolio adalah seperti dibawah:
i) Proses rekacipta kereta
ii) Pengenalan pasukan (Identiti pasukan,tema, warna dll)
iii) Proses menganalisa rekabentuk kereta (Daya Seretan[Drag],
Daya Tekanan[Pressure], dan Daya Angkat[Lift]
iv) Penerangan aspek kejuruteraan pada model kereta f1
C. KAEDAH PERTANDINGAN
1. Setiap pasukan diberi 7 minit (iaitu 5 minit untuk membuat pembentangan dan
2 minit untuk sesi soal jawab) dengan format pembentangan seperti berikut:
i) Pengenalan kumpulan
ii) Penerangan identiti pasukan.
iii) Konsep Kejuruteraan pada kereta
iv) Penerangan kaedah rekabentuk kereta.
Penggunaan perisian multimedia dibenarkan.
2. Selepas pembentangan, kedua-dua kereta mesti diserahkan kepada hakim untuk penilaian ‘Scrutineering’. Penilaian ini bermaksud setiap kereta akan diperiksa secara terperinci samada mematuhi spesikifikasi yang dinyatakan bagi item T3.3 hingga T10.12.2. Markah akan dipotong jika spesifikasi tidakdipatuhi.
3. Bagi Booth Pameran setiap pasukan akan disediakan dengan sebuah meja untuk pelajar membuat pameran kereta dan portfolio.
4. Bagi perlumbaan kereta terpantas (time trial), setiap pasukan mesti memilih satu kereta terbaik untuk dipertandingkan. Kereta akan dipertandingkan secara ‘Auto Start’ sahaja dalam 2 saringan. Seterusnya , catatan masa akan disusun mengikut kedudukan masa terpantas.
5. Bagi perlumbaan ‘Knock –Out’, kereta akan berlumba dengan secara manual menggunakan ‘trigger’. Kereta akan dipertandingkan secara kalah mati dan kereta yang menang akan ke peringkat seterusnya sehingga penentuan akhir untuk menentukan Juara ‘Knock-Out’.
6. Pemenang keseluruhan ditentukan daripada jumlah mata terkumpul terbanyak daripada aspek spesifikasi (specification judging), aspek kejuruteraan (engineering), masa terpantas ( time trial) dan knock-out .
D.KAEDAH PENGHAKIMAN DAN BANTAHAN
1. Aspek-aspek yang akan dinilai ialah :
i) Spesifikasi (SCRUTINEERING [T3.3 hingga T10.12.2]) (120 markah)
ii) Kejuruteraan Kereta (ENGINEERING) (120 markah)
iii) Kelajuan kereta (TIME TRIAL) (170 markah)
iv) Perlumbaan Kalah -Mati (KNOCK – OUT RACE) (60 markah)
2. Keputusan penganjur selepas pengumuman adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
E.HADIAH PERTANDINGAN
1. Overall Champion – Juara Keseluruhan
2. 1st Runner Up – Tempat Kedua Keseluruhan
3. 2nd Runner Up – Tempat Ketiga Keseluruhan
4. Best Engineered Car Award – Anugerah Kejuruteraan Kereta Terbaik
5. Fastest Car Award – Anugerah Kereta Terpantas
6. Knock-Out Champion Award – Anugerah Perlumbaan Kalah Mati
7. Best Presentation Award – Anugerah Pembentangan Terbaik
8. Best Sportmanship Award – Anugerah Semangat Kesukanan
9. Best Mentor Award – Anugerah Mentor Terbaik
10. Best Team Identity Award- Anugerah Identiti Pasukan Terbaik