EUREKA RE & EE BEACH HOUSE
1. TAJUK : EUREKA REEE
2. TEMA : RENEWABLE ENERGY AND ENERGY EFFICIENT BEACH HOUSE
3. AKTIVITI : Menghasilkan satu model rumah di tepi pantai yang dilengkapi
dengan ciri-ciri kecekapan tenaga dan menggunakan sumber
semulajadi secara optimum.
4.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Tahun 4 dan 5 dari sekolah-sekolah bantuan kerajaan dari.
Sekolah rendah swasta dibenarkan menyertai pertandingan ini diperingkat daerah dan negeri (sahaja) atas dasar jemputan dan segala kos pertandingan ditanggung oleh sekolah tersebut.
4.2 Setiap negeri dibenarkan menghantar 1 pasukan yang terdiri daripada 4 orang peserta.
4.3 Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera kecuali pasukan dari sekolah rendah jenis kebangsaan.
4.4 Peserta pasukan hendaklah terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2 murid perempuan kecuali sekolah yang hanya terdiri dari 1 jantina.
4.5 Peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing.
4.6 Tema projek adalah Renewable Energy and Energy Efficiency (REEE) atau Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (TDKT).
4.7 Tajuk projek ialah Energy Efficient Beach House.
4.8 Setiap pasukan dikehendaki membina sebuah model rumah di tepi pantai yang
mengaplikasikan konsep-konsep Renewable Energy and Energy Efficiency (REEE).
4.9 Pihak penganjur diminta menyediakan meja untuk tujuan pembinaan dengan 2 buah kerusi bagi setiap pasukan.
4.9 Bahan-bahan pertandingan akan disediakan oleh pihak penganjur.
4.10 Hanya bahan dan alatan yang disediakan oleh pihak penganjur sahaja boleh
digunakan untuk menghasilkan projek yang ditetapkan.
4.11 Penggunaan bahan, alatan atau apa juga bentuk bantuan dari luar boleh menyebabkan penyertaan pasukan dibatalkan.
4.12 Sebarang masalah yang dihadapi oleh para peserta berkaitan dengan alatan atau bahan hendaklah dirujuk kepada urus setia pertandingan.
4.13 Peserta hendaklah mempunyai kemahiran menggunakan anti cutter.
4.14 Pihak penganjur pertandingan akan memberi satu tugasan tambahan kepada para peserta sebaik saja pertandingan dimulakan (elemen of suprise) dan menggunakan
kaedah penyelesaian masalah.
4.15 Tugasan ini mengandungi arahan untuk menempatkan LED di bahagian tertentu di dalam atau di luar rumah dan mestilah boleh menyala atau berfungsi dengan baik.
4.16 Projek yang dihasilkan hendaklah dibuat dan disiapkan di tempat pertandingan.
Pihak penganjur menyediakan kertas putih A4 sahaja.
4.17 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan persembahan multimedia yang disediakan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris di tempat dan semasa pertandingan dijalankan. Persembahan multimedia ini perlu menerangkan hasil projek yang
merangkumi aplikasi konsep sains, fungsi dan peranan setiap bahagian-bahagian projek
yang dihasilkan serta aspek lain yang berkaitan. Kandungan persembahan multimedia
mestilah merupakan penulisan yang merekodkan hasil kerja yang mengandungi lakaran
ahli sendiri. Tampalan keratan dari mana-mana sumber adalah tidak dibenarkan.
4.18 Semasa pertandingan dijalankan, guru pembimbing dibenarkan berada berhampiran pasukannya pada jarak yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur tetapi tidak dibenarkan menyentuh sebarang bahan atau alatan yang digunakan.
4.19 Setiap kali guru pembimbing menyentuh barang atau alatan pertandingan, 1 markah akan ditolak.
4.20 Setiap pasukan diberi masa 5 jam untuk menyempurnakan projek.
4.21 Peserta akan berehat selama 1 jam (3 jam sesi pagi dan 2 jam pada sesi petang).
4.22 Penghakiman akan merujuk kepada kriteria-kriteria berikut:
i. Kebolehan kreatif - 20 markah
ii. Pemikiran saintifik - 20 markah
iii. Kemahiran saintifik - 20 markah
iv. Kerja berpasukan - 10 markah
v. Ketelitian dan kekemasan - 10 markah
vi. Komunikasi (soal jawab) - 10 markah
vii. Persembahan multimedia - 10 markah
4.23 Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat atau kriteria pertandingan dari masa ke semasa demi kepentingan pengurusan dan objektif pertandingan berdasarkan keputusan mesyuarat bersama pengurus pasukan.
4.24 Model tersebut hendaklah berskala 1:25 atas tapak rumah di mana dimensinya
adalah seperti berikut;
a) Keluasan Rumah : seratus meter persegi (100 m2).
b) Mempunyai kemudahan:
2 bilik tidur
1 bilik air
1 dapur
1 ruang makan
1 ruang tamu
4.25 Penilaian hasil adalah berdasarkan daya kreatif reka bentuk rumah dan rupa bentuk elemen-elemen KT & TD.
5.0 PERSEMBAHAN MULTIMEDIA
Setiap pembentangan persembahan multimedia mestilah menggunakan format Power Point 2007 dan disediakan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Kriteria pemarkahan adalah meliputi aspek-aspek berikut:
5.1 Objektif
5.2 Metodologi/Kaedah
5.3 Peralatan digunakan
5.4 Pelan/layout
5.5 Penerangan konsep EE
5.6 Penerangan konsep RE
5.7 Setiap pasukan dihadkan masa selama 10 minit sahaja
(termasuk 3 minit sesi soal jawab)
6.0 MAKLUMBALAS DAN PENAMBAHBAIKAN
6.1 Keputusan hakim adalah muktamad.
6.2 Setiap pasukan dikehendaki mengisi borang maklumbalas untuk tujuan penambaikan penganjuran pada masa akan datang.
6.4 Sebarang bentuk bantahan terus kepada panel hakim pertandingan tidak akan dilayani.
7.0 HAL-HAL LAIN
7.1 Semasa pertandingan berlangsung, guru pembimbing tidak dibenarkan membantu.
7.2 Pasukan diminta membawa membawa komputer riba dan digital kamera bagi tujuan
penyediaan persembahan Multimedia Power Point.
7.3 Para peserta dibenarkan memakai kemeja-T, topi, seluar dan kasut sukan semasa pertandingan dijalankan.